Bab 1 : Bersuci
Membersihkan diri, pakaian dan
tempat daripada najis
Nama Najis : Mukhaffafah [
ringan ]
Jenis Najis : Air kencing bayi
lelaki [ kurang 2 tahun ] yang menyusu ibu dan tidak makan makanan tambahan
Cara Menyucikan :
i. lap najis
ii. percikkan air mutlak* di tempat yang terkena najis
Nama Najis : Mutawassitah [
sederhana ]
Jenis Najis : Semua jenis
najis selain dari Mukhaffafah dan Mughallazah
Cara menyucikan :
i. buang najis
ii. cuci tempat yang terkena najis dengan air mutlak sehingga diyakini bersih
[ tidak berbau dan tidak ada kesan ]
[ tidak berbau dan tidak ada kesan ]
Nama Najis : Mughallazah [
berat ]
Jenis Najis : Semua jenis
anjing dan babi serta najis anjing dan babi
Cara Menyucikan :
i. buang najis
ii. cuci tempat yang terkena najis dengan air
bercampur tanah,
sekali
sekali
iii. bilas dengan enam kali laluan air mutlak
· air mutlak : air yang tidak tercemar
Istinjak
Cara - cara membersihkan najjis : buang air besar
atau kecil
1. Alatan
: air mutlak
Cara membersihkan : cuci tempat bernajis sehingga
diyakini
bersih
2. Alatan
: tisu atau batu
Cara
membersihkan : sapu lebih dari tiga kali [ tiga helai tisu ]
sehingga diyakini
bersih
3. Alatan
: tisu dan air [ cara yang paling afdhal ]
Cara
membersihkan : sapu dengan tisu, kemudian sucikan
dengan air mutlak
Mandi Wajib
1. Membersihkan
badan daripada kotoran atau bahan - bahan yang menghalang air daripada sampai
ke seluruh badan
2. Niat
Sahaja aku mandi wajib seluruh badan kerana Allah s.w.t.
3. Meratakan
air ke seluruh badan
a. Sunat
menjirus air di anggota sebelah kanan badan, diikuti dengan anggota sebelah
kiri
b. Seluruh
anggota tubuh badan mestilah dibasahkan
Tayammum
Cara - cara Bertayammum :
01. Memilih kawasan tanah yang bersih, kering dan
berdebu
02. Melafazkan
niat :
Bermaksud: Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan solat fardhu kerana Allah
s.w.t.
03. Menepuk tapak tangan ke debu
04. Mengurangkan debu yang melekat dengan cara
meniup ke kedua - dua tapak tangan
05. Menyapu debu ke muka
06. Membuang
debu musta'mal [ debu yang telah digunakan ] pada
tapak tangan
07. Menepuk sekali lagi tapak tangan ke debu
08. Menyapu tangan kanan dengan meletakkan di
atas jari tangan kiri melurutkannya hinggake siku. Pusingkan tangan kanan
dengan meletakkan di atas tapak tangan kiri, melurutkannya hingga ke jari.
09. Menyapu tangan kiri dengan meletakkan di atas
jari tangan
kanan, melurutkannya hingga ke siku. Pusingkan tangan kiri
dengan
meletakkan di atas tapak tangan kanan, melurutkannya
hingga ke jari.
10. Menurut
Tertib
Bab 2 : Tata Tertib Dalam Solat
Sujud Sahwi
01. Sujud
yang dilakukan sebanyak dua kali setelah tamat bacaan tahiyat akhir sebelum salam
02. Dilakukan
sujud sahwi kerana terlupa sesuatu dalam solat :
a. Terlupa
rukun solat - perlu disempurnakan rukun tersebut, misalnya: Seseorang itu terus
sujud tanpa rukuk [ terlupa ], maka hendaklah dia bangun semula untuk melakukan
rukuk. Sebelum salam hendaklah dia melakukan sujud sahwi.
b. Tertinggal
sunat Ab'adh, misalnya terlupa baca doa qunut : Sebelum salam hendaklah
ia melakukan sujud sahwi.
c. Terlupa
rakaat solat, misalnya adakah empat atau tiga rakaat solat Zohor, maka tambah satu
rakaat. Sebelum salam hendaklah ia melakukan sujud sahwi.
d. Memanjangkan
rukun yang pendek, misalnya duduk di antara dua sujud. Sebelum salam hendaklah
is melakukan sujud sahwi.
Bermaksud:
Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa
Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa
Berhenti Solat
Harus berhenti sewaktu sedang solat disebabkan ada
kecemasan, misalnya seorang ibu harus berhenti solat bila anak kecilnya dalam
bahaya.
Sebelum berhenti solat, beliau perlu menamatkan
solatnya dengan memberi salam ke kanan, sekalipun beliau sedang berdiri.
Ibu tersebut haruslah meneruskan solat setelah
anaknya selamat.
Sebagai contoh, ibu tersebut sedang rukuk dalam rakaat kedua solat Zohor apabila
beliau menamatkan solatnya.
Apabila ia menyambung solatnya, hendaklah ia
Takbiratul - Ihram, dan mengulangi rakaat kedua. Setelah selesai rakaat kedua,
beliau seharusnya ke rakaat ketiga dan keempat, sehingga sempurna solat
Zohornya.
Ibu Mendukung Anak Dalam Solat
Seorang ibu yang sedang solat telah terlebih dahulu
meletakkan bayinya di sisinya. Sedang ibu tersebut membaca surah Al - Fatihah, bayinya menangis. Maka dia
diharuskan :
a. Turun
mendapatkan bayinya [ satu pergerakan ]
b. Berhenti
sejenak
c. Mengambil
bayinya [ satu pergerakan ]
d. Berhenti
sejenak
e. Bangun
sambil mendukung bayinya [ satu pergerakan ]
f. Menyambung
bacaan surah Al - Fatihah
Perhatian : Perbuatan berhenti sejenak seperti dalam langkah b
dan d adalah untuk mengelak dari terbatal solat akibat tiga pergerakan
anggota berat berturut – turut Ibu tersebut juga perlu memastikan yang dadanya
tidak berpaling dari Qiblat semasa melakukan langkah - langkah a hingga f
Perkara - perkara yang membatalkan solat
01. Berhadas
kecil atau besar.
02. Terkena
najis pada diri atau pakaian dengan kadar yang tidak
boleh dimaafkan.
03. Bercakap
dengan sengaja atau ketawa.
04. Makan
atau minum.
05. Bergerak tiga kali berturut - turut
06. Membelakangkan Qiblat dengan dada [ kecuali dalam kenderaan ].
07. Terbuka aurat dengan sengaja. Kalau terbuka aurat secara tidak
sengaja, perlu ditutup dengan segera. Kalau dibiarkan untuk masa yang lama,
solat akan terbatal.
08. Menambah atau mengurangkan rukun solat dengan sengaja.
09. Ada niat hendak berhenti solat.
10. Tertinggal atau mendahului imam dua rukun dengan sengaja.
11. Gila, mabuk atau pitam.
12. Murtad.
Adab keluar daripada solat
Apabila solat seseorang itu telah terbatal, ia
hendaklah memberi salam ke kanan dan keluar daripada tempat solat. Makruh berseorangan dalam saf semasa solat
berjemaah Bila makmum [ berseorangan ] telah takbir Beliau perlu meminta seorang makmum di saf hadapan
undur ke belakang dengan cara menepuk bahu makmum tersebut. Berjalan dalam solat Harus dilakukan selagi tidak membelakangkan Qiblat. Makmum itu perlu melangkah setapak [ undur ], berhenti seketika, melangkah semula, berhenti seketika dan melangkah untuk membetulkan saf.
Masbuq
Makmum datang lewat, sekiranya ia [ makmum masbuq ]
mendapati imam sedang rukuk, maka hendaklah makmum itu bertakbir dan niat solat, serta terus rukuk bersama imam. Sekiranya
dapat rukuk sejenak bersama imam, maka makmum tersebut sempurna satu rakaat,
walaupun tidak membaca
Kiraan Rakaat
Bermula daripada takbir
sehingga imam rukuk.
* Mesti melafazkan
* Rukuk itu dalam keadaan tumakninah,
iaitu sempat melafazkan
Muwafiq
Makmum mempunyai masa yang cukup bersama imam untuk
membaca Al - Fatihah . Sekiranya ia [ makmum
muwafiq ] masih belum selesai [ bukan dengan sengaja ], sedangkan imam
telah rukuk, maka hendaklah makmum tersebut menghabiskan bacaan Al - Fatihah . Sekiranya
makmum tersebut masih tidak selesai membaca Al - Fatihah, sedangkan imam
telah bangun untuk rakaat kedua; makmum tersebut perlu memilih samada :
a. berpisah
dengan imam, atau
b. bersama
imam tetapi rakaat itu tidak diambil kira.
Solat Jumaat
Sesiapa yang terlewat sampai ke masjid, makmum itu
pula tertinggal rukuk [ rakaat kedua ] bersama imam; maka hendaklah makmum
tersebut berniat solat Jumaat mengikut imam tetapi ia [ makmum itu ]
perlu melengkapkan empat rakaat solat Zohor.
Imam Terlupa
Makmum lelaki perlu memberitahu imam dengan lafaz :
Makmum wanita perlu memberitahu imam dengan tepukan
tangan kanan ke atas belakang tangan kiri.
Solat Qasar dan Jamak
Ciri - ciri mengharuskannya
01. Perjalanan sehala melebihi 90km
02. Musafir, tujuan baik dan atas kerelaan sendiri
03. Tahu destinasi yang dituju
04. Berniat musafir [ bukan untuk menetap / bermukim ]
sekalipun
balik kampung menziarahi ibu bapa
05. Faham cara - cara melakukan solat Qasar dan Jamak
06. Berimamkan orang musafir [ kecuali Jumaat ] atau solat
bersendirian
07. Sebelum salam,
masih dalam musafir [ belum sampai ke kediaman
sendiri ]
08. Berturut
- turut Qasar dan Jamak
09. Mengikut
tertib waktu, contohnya : mendahului solat Zohor, kemudian solat Asar [ Jamak
Takdim sahaja ]
10. Bermula
diharuskan solat Qasar dan Jamak setelah seseorang itu keluar rumah dan telah membelakangi
rumahnya. Akan tetapi diharuskan juga solat Qasar dan Jamak di rumah sebelum musafir
sekiranya darurat
11. Tempoh
seseorang itu diharuskan solat Qasar dan Jamak, apabila sampai ke destinasi yang
dituju, adalah tidak lebih dari tiga hari [ tidak termasuk hari perjalanan dan
hari pulang ]
Walau
bagaimanapun, kita lihat contoh seseorang yang menjalankan urusan penting, di
mana beliau menjangkakan urusannya selesai dalam masa tiga hari, tetapi tidak
selesai.
Esoknya
dijangka selesai, tetapi tidak juga selesai. Jangkaan akan selesai tugas dari
hari ke hari berlarutan sehingga lapan belas hari.
Maka
beliau diharuskan solat Qasar dan Jamak. Bila masuk hari ke sembilan belas, beliau
kenalah solat bermukim [ solat biasa ]
Berakhir Solat Qasar dan Jamak
01. Kembali
ke kediaman / tempat tinggal sendiri
02. Berniat
untuk menetap / bermukim
03. Berada
di sesuatu tempat musafir lebih dari tiga hari
Kategori Solat Qasar dan Jamak
01. Taqdim :
a. Solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor
b. Solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Maghrib
Perhatian : Wajib ikut tertib, contohnya solat
Zohor, kemudian solat Asar
02. Takhir :
a. Solat Zohor dan Asar dalam waktu Asar
b. Solat Maghrib dan Isyak dalam waktu
Isyak
Cara Solat Qasar dan Jamak
Lafaz niat solat Qasar dan
Jamak Taqdim dengan solat Takhir adalah sama, kecuali berlaku perubahan pada
perkataan Taqdim atau Takhir
01. Solat Zohor dan Asar secara Qasar dan Jamak Taqdim
a. Niat
Fardhu Zohor
Bermaksud : Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar,
dihimpunkan Asar dengan Zohor, secara Jamak Taqdim, tunai kerana Allah s.w.t.
- Solat dua rakaat dan diakhiri dengan salam
-
Berdiri untuk menunaikan solat Asar pula
b. Niat
Fardhu Asar
Bermaksud : Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar,
dihimpunkan bersama Zohor, secara Jamak Taqdim, tunai kerana Allah s.w.t.
- Solat dua rakaat dan diakhiri dengan salam
- Doa
02. Solat Maghrib dan Isyak secara Jamak Taqdim
a. Niat Fardhu Maghrib [ tiada Qasar ]
Bermaksud : Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat,
dihimpunkan Isyak dengan Maghrib, secara Jamak Taqdim, tunai kerana Allah
s.w.t.
- Solat tiga rakaat dan diakhiri dengan salam
-
Berdiri untuk solat Isyak pula
b. Niat
Fardhu Isyak
Bermaksud : Sahaja aku solat fardhu Isyak, dua rakaat qasar,
dihimpunkan bersama Maghrib, secara Jamak Taqdim, tunai kerana Allah s.w.t.
- Solat dua rakaat dan diakhiri dengan salam
-
Doa
Solat Jenazah
1. Berdiri [ bagi yang mampu ]
2a. Niat dan Takbir
Jenazah Lelaki :
Jenazah Wanita :
Sahaja aku solat atas jenazah ini, empat takbir
fardu kifayah, makmum kerana Allah s.w.t.
2b. Baca
Al - Fatihah
3a. Takbir
3b. Selawat
:
4a. Takbir
4b. Doa untuk Jenazah
Jenazah Lelaki :
Jenazah Wanita :
Bermaksud :
Ya Allah, ampunilah jenazah, rahmatilah dia,
sejahterakanlah dia dan maafkan segala kesalahannya.
5a. Takbir
5b. Doa
untuk orang Islam :
6.
Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan