Siri Kisah Nabi (7)
daripada al-Qur'an
daripada al-Qur'an
Nabi Lut
Nabi Lut adalah antara orang-orang soleh yang diangkat oleh Allah untuk menjadi seorang daripada NabiNya. Dia juga seorang utusan atau rasulNya. Kepadanya Allah memberikan putusan dan pengetahuan.
Nabi Ibrahim mengenalinya. Mereka hidup pada masa yang sama tetapi di tempat yang berlainan. Nabi Lut percaya kepada apa yang Nabi Ibrahim diwahyukan. Nabi Lut dan kaumnya pula tinggal tidak jauh dari tempat Nabi Muhammad dan kaumnya tinggal.
Kaum
Kaum Nabi Lut jahat.
Mereka melakukan kesumbangan yang tidak pernah seseorang pun di seluruh dunia
melakukan sebelum mereka. Mereka mendatangi lelaki dengan hawa nafsu, bukan
perempuan, dan melakukannya juga di majlis-majlis.
Kejahatan mereka ditambah
dengan mendustakan utusan Allah beserta amaran-amaran yang didatangkan kepada
mereka. Mereka adalah sebenarnya orang-orang yang zalim, derhaka, berdosa, dan
fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
Seruan Nabi
Lut
Nabi Lut telah memberitahu kaumnya bahawa
dia adalah seorang rasul, dan menyeru mereka supaya takut kepada Allah. Dia
turut menyatakan iaitu dia tidak meminta upah atas seruan yang dibuatnya.
Seruannya yang lengkap berbunyi, "Tidakkah
kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)? Aku, bagi kamu, adalah seorang rasul
yang dipercayai, maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku. Aku tidak
meminta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas Pemelihara
semua alam. Apa, adakah kamu mendatangi lelaki daripada semua alam, Dengan
meninggalkan isteri-isteri kamu yang Pemelihara kamu menciptakan untuk kamu?
Tidak, tetapi kamulah kaum yang menderhaka."
Terhadap kejahatan yang
dilakukan oleh kaumnya, Nabi Lut telah menegur lagi, "Apa,
adakah kamu melakukan kesumbangan yang tidak pernah seseorang pun di semua alam
melakukannya sebelum kamu? Kamu mendatangi lelaki-lelaki dengan hawa nafsu,
bukan perempuan; tidak, kamulah kaum yang membazir
(berlebihan)."
Dia juga bertanya, "Apa, adakah kamu melakukan kesumbangan dengan mata-mata kamu
terbuka?"
"Apa,
adakah kamu mendatangi lelaki, dan memotong jalan, dan kamu mendatangkan dalam
majlis kamu, kemungkaran?" tanyanya lagi.
Selain mengatakan kaumnya
menderhaka dan membazir, Nabi Lut telah mengatakan juga bahawa mereka adalah
"kaum yang bodoh."
Jawapan
Kaum
Jawapan kaumnya tiada lain melainkan
mengugut untuk mengusinya keluar dari kota. Mereka berkata, "Jika kamu tidak berhenti, wahai Lut, pasti kamu akan menjadi
antara orang-orang yang diusir."
Sementara yang lain berkata, "Usirlah keluarga Lut daripada bandaraya kamu; mereka adalah
orang-orang yang membersihkan diri!"
Dan ada pula yang sombong, yang minta
didatangkan azab dengan berkata, "Datangkanlah kepada kami
azab Allah, jika kamu berkata benar."
Lalu Nabi Lut berkata kepada mereka dan
berdoa kepada Tuhan berbunyi "Sesungguhnya aku adalah
pembenci kepada amalan kamu. Wahai Pemeliharaku, selamatkanlah aku dan
keluargaku daripada apa yang mereka buat."
Dia memohon lagi, "Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku terhadap kaum yang membuat
kerosakan."
Sememangnyalah hanya kepada Tuhan dipohon
pertolongan. Permohonan baginda dikabulkan Allah.
Kedatangan
Malaikat
Maka Allah mengutuskan malaikat-malaikat
kepadanya. Sebelum mereka berjumpa Nabi Lut mereka telah, terlebih dahulu,
menemui Nabi Ibrahim. Tujuan adalah untuk menyampaikan berita gembira mengenai
kelahiran seorang anak untuk Nabi Ibrahim, dan untuk memberitahunya tentang
tugas mereka terhadap Nabi Lut dan kaumnya.
Mereka berkata, "Kami
akan memusnahkan penduduk bandaraya ini, kerana penduduknya orang-orang yang
zalim."
"Kami diutus kepada
kaum yang berdosa, kecuali keluarga Lut; mereka akan kami selamatkan
kesemuanya, kecuali isterinya; kami menentukan bahawa dia sesungguhnya termasuk
orang-orang yang tinggal." ujar mereka lagi.
Apabila malaikat-malaikat atau
rasul-rasul Allah datang kepada Lut, dia berasa susah dan cemas untuk mereka.
Dia berkata "Inilah hari yang amat berat."
Dan berkata "Kamu
adalah kaum yang aku tidak kenal," tatkala rasul-rasul itu
mendampinginya.
"Wahai Lut, kami adalah
rasul-rasul Pemelihara kamu."
"Jangan takut, dan
jangan juga susah, kerana sesungguhnya kami akan menyelamatkan kamu dan keluarga
kamu, kecuali isteri kamu; dia termasuk orang-orang yang tinggal. Kami akan
menurunkan kepada penduduk bandaraya ini kemurkaan dari langit kerana mereka
berbuat kefasiqan." kata mereka lagi.
Sebab mereka datang dijelaskan lagi
dengan berkata, "Kami mendatangkan kepada kamu mengenai apa
yang mereka meragui. Kami datang kepada kamu dengan yang benar, dan sesungguhnya
kami berkata benar. Maka berjalanlah kamu dengan keluarga kamu pada sebahagian
malam, dan ikutlah di belakang mereka, dan janganlah seseorang daripada kamu
berpaling ke belakang; dan bertolaklah ke tempat yang kamu
diperintahkan."
Akhirnya mereka berkata, "Waktu yang mereka dijanjikan ialah subuh; bukankah subuh sudah
dekat?"
Kaum
Gembira
Sejurus selepas rasul-rasul Allah datang
kepada Lut, kaumnya datang kepadanya pula, berlari-lari ke arahnya, dengan
gembira. Mereka berkeinginan pada tetamu-tetamu Lut.
Nabi Lut berkata kepada mereka, "Mereka ini tetamuku; janganlah memalukan aku. Dan takutilah
Allah, dan janganlah mengaibkan aku."
Mereka menjawab, "Tidakkah kami telah melarang kamu daripada semua alam?"
Kerana mereka telah, sebelum itu, melarang Nabi Lut daripada membuat sebarang
hubungan dengan manusia lain.
Nabi Lut telah juga berkata, "Wahai kaumku, inilah anak-anak perempuanku; mereka lebih bersih
bagi kamu. Maka takutilah Allah, dan janganlah mengaibkan aku pada tetamu-tetamu
aku. Apa, adakah tidak ada seorang lelaki antara kamu yang berfikiran
waras?"
Tawaran Nabi Lut supaya mereka mengambil
anak-anak perempuannya sebagai ganti, dan rayuan supaya tidak memalukannya di
depan tetamu-tetamunya telah ditolak. Mereka berkata, "Kamu
mengetahui bahawa kami tidak patut terhadap anak-anak perempuan kamu, dan kamu
mengetahui benar apa yang kami mengkehendaki."
Kemudian mereka menggoda tetamu-tetamu
Nabi Lut pula. Tetapi mereka gagal.
Selepas itu, Nabi Lut dengan keluarganya
beredar dari bandaraya itu pada waktu seperti yang disuruh. Akan tetapi,
isterinya, seorang perempuan tua, tinggal di belakang.
Azab
Pada awal pagi, datang kepada kaumnya
satu azab yang telah ditetapkan Allah. Suatu bunyi yang kuat, atau Teriakan,
telah mengambil mereka pada waktu matahari terbit.
Dan bandaraya itu telah diterbalikkan,
yang atasnya ke bawahnya. Angin ribut yang mengandungi batu diutuskan pula
kepada mereka, bertubi-tubi. Batu-batu itu adalah daripada tanah liat yang
dibakar serta ditanda di sisi Tuhan.
Begitulah buruknya balasan bagi
orang-orang yang mendustakan amaran-amaran daripada Tuhan.
Allah telah menyelamatkan keluarga Nabi
Lut pada waktu sebelum dinihari ke bumi yang Dia berkati bagi semua alam. Itu
adalah satu rahmat daripada Dia, dan begitulah Dia membalas orang-orang yang
bersyukur (berterima kasih). Ke tempat itu juga Nabi Ibrahim telah diselamatkan
terlebih dahulu.
Isteri
Keluarga Nabi Lut telah dirahmati Allah,
kecuali isterinya, seorang perempuan tua. Dia tidak percaya dan mengkhianti Nabi
Lut. Terdapat seorang lagi isteri Nabi yang serupa dengan isteri Nabi Lut, yang
tidak percaya dan mengkhianti suaminya. Walhal, mereka berada di bawah dua hamba
Allah yang salih, yang diangkat menjadi Nabi dan rasul. Kedua-kedua isteri
tersebut akan dimasukkan ke dalam Api (neraka) pada Hari Kiamat.
Sesungguhnya terdapat pengajaran bagi
para pelajar dalam kisah Nabi Lut. Bandaraya yang diterbalikkan itu, menurut
Allah lagi, hanya mengandungi sebuah rumah orang-orang Muslim, iaitu rumah Nabi
Lut, dan ia (bandaraya) pula berada di satu jalan yang masih berada, untuk
menjadi satu amaran bagi semua manusia yang hidup selepas diturunkan kemurkaan
dari langit tersebut.
rujuk: Surah Lut di dalam al-Qur'an
Tiada ulasan:
Catat Ulasan