AutoCAD merupakan sebuah perisian yang biasa digunakan untuk tujuan am dalam merekabentuk serta melakar dengan berbantukan komputer dalam pembentukan model serta lakaran dua dan tiga dimensi atau lebih dikenali sebagai “Computer-aided drafting and design program” (CAD). Perisian ini boleh digunakan dalam semua bidang kerja terutama sekali dalam bidang-bidang yang memerlukan kepakaran seperti bidang kejuruteraan Mekanikal, Awam, Senibina, Rekabentuk Grafik, dan semua bidang yang berkaitan dengan penggunaan CAD.
Sistem perisian lukisan terbantu komputer ini akan membekalkan kemudahan dalam penghasilan model yang tepat untuk memenuhi keperluan piawaian di samping segala informasi di dalam lakaran boleh digunakan dalam bentuk laporan, Penilaian Baham (BOM), kaedah kawalan dan numerical dan sebagainya. Dengan bantuan sistem ini dapat menghasilkan sesuatu kerja pada tahap kecekapan dan yang tinggi ketepatan di samping menjimatkan masa dengan hanya perlu memberi beberapa arahan yang mudah.
Lukisan yang dibentuk melalui perisian ini boleh dipindahbentuk untuk kegunaan perisian grafik yang lain melalui beberapa format seperti DXF ( Data Exchanged File), IGES, dan SLD. Tambahan pula berbantukan perisian ini juga, berkemampuan untuk membentuk dan menganalisa model pepejal dalam kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan. Untuk memenuhi keperluan yang lebih canggih, perisian ini mampu membawa pengguna mengautomasikan kerja-kerja penggunaan pengaturcaraan sokongan seperti LISP, dan ADS untuk membentuk arahan tambahan tersendiri.
Sebelum sesuatu kerja dilakukan, asas mengetahui sesuatu sistem perkomputeran beroperasi adalah penting bagi memudahkan segala kerja yang dilakukan supaya tidak timbul sebarang masalah sama ada sebelum atau selepas penggunaan sistem tersebut.Oleh itu, perkara asas yang perlu diketahui sebelum pengendalian sesuatu komputer adalah seperti pengetahuan dalam penggunaan sistem operasi (operating system), penggunaan “hardware” dan “software”. Saya akan menceritakan lebih lanjut serta menerangkan secara ringkas beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian sebelum perisian grafik ini dijalankan dalam pos saya yang akan datang.
Untuk melukis objek 3 Dimensi, anda perlu tahu bagaimana untuk menjadikan polyline kepada 3D, penggunaan toolbar solids, serta tahu mengubah kedudukan paksi x,y dan z.
Ini adalah lukisan yang kita hendak bina dan ikuti langkah-langkah dibawah dengan berpandukan dimensi pada lukisan ini.
Langkah pertama untuk memulakan lukisan anda ialah :
Ubahkan kedudukan paksi 2D kepada 3D iaitu dengan memilih SE Isometric pada view toolbar.
Kemudian lukis polyline tapak.(boleh rujuk pada rajah dimensi yang saya lampirkan)
Cantumkan ketiga-tiga blok yang telah dibina.
Bina silinder dengan memilih bentuk silinder pada solids toolbar.(pastikan anda mengubah kedudukan paksi x,y dan z pada kedudukan yang betul supaya silinder tersebut dapat berada pada kedudukan yang dikehendaki).
Selepas itu, cantumkan keempat-empat blok tadi dengan memilih union.
Setelah blok tadi dicantumkan menjadi satu, bina silinder kecil pada cantuman bulatan dan blok tadi.
Kemudian, pilih subtract dan pilih cantuman blok tadi, kemudian Enter.Pilih silinder kecil pula dan tekan Enter sekali lagi.Anda akan dapati blok tadi akan menghasilkan satu lubang.Pilih Flat Shade pada Shade Toolbar untuk mengubah pandangan 3 Dimensi .
Ubah kedudukan paksi x,y dan z sekali lagi untuk membuat bulatan pada atas blok pula.
Ulangi langkah 7 untuk menghasilkan lubang pada blok tersebut.
Akhir sekali, bina fillet iaitu 4mm pada bucu-bucu yang dikehendaki.Klik pada fillet.Masukkan radius dan klik pada garisan tersebut.
Maka siaplah sudah objek 3 Dimensi anda.
Ini adalah salah satu contoh gambarajah objek 3 dimensi yang menggunakan perisian AutoCAD. Kita akan sama-sama membuat semula lukisan ini langkah demi langkah serta saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk membuat lubang seperti di dalam gambarajah yang saya tunjukkan ini. Saya akan terangkan bagaimana untuk membuat lukisan 2 dimensi dalam post saya yang akan datang.
APA ITU AUTODESK?AUTODESK ialah salah satu perisian yang terkemuka di Amerika Syarikat yang memproduksi berbagai program CAD (Computer Aided Design). Dua program yang cukup popular di Malaysia khususnya dalam dunia arkitek dan industri adalah AutoCAD dan Mechanical Desktop.
ATC AUTODESK ?ATC (Authorized Training Center) Autodesk adalah suatu pusat latihan yang bertujuan membantu masyarakat untuk mengaplikasi software Autodesk Release terbaru samada dari peringkat permulaan sehingga menjadi mahir. ATC ini dibentuk dalam setiap negara yang mempunyai perwakilan Autodesk bekerjasama dengan institusi lokal yang telah diuji kredibilitinya.
Untuk menjamin kualitinya, Autodesk telah mengadakan evolusi secara langsung (dari pusatnya di Amerika) terhadap institusi penyelenggaraan mahupun para pengajar ATC. Bagi peserta ATC yang telah memenuhi syaratnya, akan mendapatkan sijil secara langsung dari pusat Autodesk (USA).
Untuk menjamin kualitinya, Autodesk telah mengadakan evolusi secara langsung (dari pusatnya di Amerika) terhadap institusi penyelenggaraan mahupun para pengajar ATC. Bagi peserta ATC yang telah memenuhi syaratnya, akan mendapatkan sijil secara langsung dari pusat Autodesk (USA).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan