sungai manik
Perang Sabil Sg Manik, Perak adalah perang yang
dipaksakan ke atas orang Melayu oleh Cina Komunis MPAJA melalui provokasi
terancang sehingga mencetuskan kemarahan orang Melayu. Ianya berlaku sejurus
tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua dan Cina
Komunis Bintang Tiga memerintah Tanah Melayu selama 14-hari.
Banyak cerita perihal kehandalan dan kehebatan ilmu
kebatinan suku Melayu Banjar yang di sampaikan dari mulut ke mulut, tapi kini
makin luput dari ingatan generasi muda. Dalam kejadian 13 Mei 1969, pejuang
Melayu dari Sg Manik telah beramai-ramai turun ke Kuala Lumpur untuk
menyelamatkan nyawa orang Melayu di Kg Baru yang berada dalam bahaya. Anda
mungkin pernah mendengar kisah Parang Terbang yang berlegar sewaktu curfew atau
perintah berkurung semasa peristiwa 13 Mei.
Pergerakan seperti Tentera Sabil atau Kumpulan Parang Terbang merujuk kepada kaum etnik Banjar Sg Manik di bawah
pimpinan Tuan Guru Haji Bakri. Cerita tentang parang terbang dan kehandalan
pahlawan Melayu Banjar yang hanya bersenjatakan parang menentang komunis yang
lengkap bersenjatakan senapang sudah menjadi satu legenda.
Nama-nama seperti Tuan Guru Haji Bakri, tetap menjadi
sebutan anak-anak muda Sg Manik. Selepas Jepun menyerah kalah, kumpulan bintang
Tiga yang kebanyakannya orang Cina cuba mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu
dan menubuhkan negara komunis Cina.
Mereka melakukan banyak kekejaman secara terancang
terhadap orang Melayu yang tidak menyokong perjuangan mereka, lebih-lebih lagi
kerana orang Melayu dianggap sebagai tali barut Jepun. Cubaan Bintang
Tiga mencampuri urusan agama Islam dan memungut cukai mendapat tentangan terutama dari
masyarakat Banjar di Sg Manik dan Batu
Pahat.
Bintang Tiga tidak menjangkakan reaksi dan tentangan yang
bakal mereka terima dari masyarakat Banjar. Jika tidak kerana set back yang
mereka terima di Sg Manik dan Batu Pahat, senario politik kita masa ini mungkin
sedikit berbeza. Mungkin Perdana Menteri bukan lagi orang Melayu, seperti yang
terjadi di Singapura!
Bagi
orang Melayu Banjar Sg Manik terutama keluarga bekas pejuang timbul satu
kekesalan kerana tiada official recognitions atau pengiktirafan terhadap
perjuangan mereka yang membela maruah orang Melayu.
Bacalah mana-mana buku sejarah di sekolah, tiada satu
yang menyebut secara jelas tentang peristiwa itu mungkin kerana nak menjaga
sensitiviti perkauman. Di Batu Pahat misalnya, Kiyai Salleh yang menyelamatkan
orang Melayu tetapi Dato Onn yang dapat nama sebagai hero.
Sudah tiba masanya pengiktirafan diberikan kepada mereka
yang berjuang menyelamatkan bangsa, bukan digambarkan sebagai satu kumpulan
etnik yang ganas dan panas baran dan peristiwa itu hanya sebagai satu titik
hitam dalam sejarah negara.
Orang Melayu Banjar Sg Manik tidak mahu ganjaran
berbentuk material atau pangkat duniawi seperti Tan Sri atau Dato, cukup sekadar
pengorbanan pejuang terdahulu dihargai dan direkodkan dalam sejarah negara.
Jangan sampai peristiwa pemerintahan Tanah Melayu oleh Komunis Cina Bintang Tiga
selama 14-hari itu berulang kembali hanya kerana Melayu Mudah Lupa!
KIYAI SALLEH PANGLIMA SELEMPANG MERAH
Dicatat oleh MuhibMahbub di 11:27
PM
insyaAllah akan bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan