elegance

SELAMAT DATANG KE BLOG ELEGANCE

Khamis, 7 Jun 2012

mrsm

mrsm baling 


Pengambilan pelajar pertama pada 21 jun 2010 dikenali dengan panggilan pelajar perintis. Ia terdiri daripada pelajar-pelajar form one(1).
Dikelilingi gunung...tempat yg baik untuk belajaq...cuaca adakalanya panas tp cuaca pg yg amat segar dan berkabus..amat cantik sekali ciptaanNya..

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM :
Warganegara Malaysia.

Permohonan ini

terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :

(i) Bumiputera tahun enam.

(ii) Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di

Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.

Pemohon hendaklah memperoleh

keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2009.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM (AGAMA) ULUL ALBAB:

Warganegara Malaysia.

Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.

Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2009.

Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.

Pemohon mestilah memilih

MRSM Kota Putra atau MRSM Gemencheh sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.

Pemohon ke MRSM (Agama) akan

ditemuduga.

CARA MEMOHON SECARA ONLINE :
Pemohon boleh mendapatkan nombor pin dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2009 diumumkan secara rasmi.

Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak serta salinan Keputusan UPSR 2009 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.

Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat :

http://www.mara.gov.my
Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:

(Permohonan Ke Tingkatan 1)

Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.

D. NOTA PENTING

Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.

Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

 
Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :

Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.

Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.

Pemohon yang ditawarkan ke

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi ( SBPI) Kementerian Pelajaran tidak layak memohon ke MRSM.

Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan permohonan anda dianggap tidak berjaya.

6. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.

7. Keputusan

Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

CAWANGAN HAL EHWAL PELAJAR
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (MENENGAH)
MARA.
                                                                                                                         
MRSM Baling
Lot 9892, Mukim Pulai, Daerah Baling, 09100 Baling, Kedah Darul Aman.

Tel : 04-4702882 Faks : 04-4702800

Tiada ulasan:

Catat Ulasan