Kita perlu menjiwai setiap
perbuatan kita agar kita dapat merasai nikmat apa yang kita buat itu.Contoh la
kalau wanita-wanita kat luar sana yang menitiskan air mata kalau tengok cerita
melayu atau hindi anda jangan pelik.Itu maknanya mereka menjiwai cerita
tersebut.Seakan-akan diorang yang berlakon tu.
Hal ini sama juga dalam
solat.Kalau kita dapat menjiwai atau khusyuk dalam solat pasti kita akan merasai
nikmat solat itu.Kita tak akan rasa penat dalam melakukan solat dan lebih banyak
solat-solat sunat yang akan kita lakukan.Yang penting keikhlasan hati kita tu..niatkan segalanya kerana Allah Ta'ala.
Bagitu hebatnya nikmat solat
ini kan?Saya akui,memang sukar untuk mendapatkan khusyuk ketika dalam solat.For
sure dalam solat pasti kita fikirkan banyak perkara.
Hehe.Padahal tengah solat tu kan.
Yang kedua,pastikan tempat
solat anda bersih dari segala kotoran.Kotoran-kotoran ini akan mengotorkan
pemikiran kita.Hehe.Tak de la sampai macam tu.Tapi kotoran ini akan menganggu
solat kita.Kata la tengah khusyuk-khusyuk solat ni tiba-tiba ada tahi cicak di
tempat sujud kita.Pasti ia ganggu fikiran kita."Nak
sujud tang mana ni?Nak kene senget sikit ni.Kalau kena ni sure
batal".
Yang ketiga,amalkan membaca
3 qul iaitu surah an-na,surah al falaq dan surah al-ikhlas sebelum
solat.Tujuannya adalah untuk menghindarkan solat kita dari gangguan syaitan.Depa
ni bukan boleh tengok kita senang.Lagi-lagi kalau kita nak beribadah.Jahat depa
ni kan?
Cara yang keempat adalah
dengan kita memahami setiap ayat yang kita baca.Kita faham maksud ayat-ayat itu
baru akan timbul rasa takut kepada Allah.Sesungguhnya hukuman Allah itu sangat
dasyat bagi mereka yang melanggar perintah Allah.
Selain itu,kita perlu
pastikan wuduk yang kita ambil sebelum solat adalah sempurna.Wuduk yang sempurna
mampu membantu kita untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.Disamping itu,ia akan
memadamkan dosa-dosa kecil kita.Betul kan?
Yang terakhir,elakkan diri
kita dari melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan khusyuk solat kita dan
solat orang lain.Maksud saya disini,jangan bercakap ketika orang sedang
solat.Silent atau tutuplah handset ketika sedang solat.Kalau ada panggilan
ketika sedang solat,ia akan menganggu solat kita dan solat orang
lain.Sesungguhnya,tiada panggilan yang lebih penting dari seruan Illahi.
SOLAT
DHUHA
Dhuha menurut
ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika
matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang
dikerjakan pada waktu tersebut.
HUKUM SOLAT
DHUHA
Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat
Dhuha adalah seperti berikut:
1.
Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2.
Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3.
Tidak disunatkan.
4.
Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang
tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut
dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.
Pendapat yang paling
tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal
sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah
kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selalu mengerjakannya,
menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan
perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’
anh, dia berkata:
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ
صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى
وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ
Maksudnya:
Kekasihku
shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak
akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap
bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir
sebelum tidur – Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.
Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat
tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad
shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang
menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz
tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang
sama kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:
أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ
أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ
بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى
وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.
Maksudnya:
Kekasihku
shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak
akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap
bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum mengerjakan
solat Witir. – Hadis riwayat Imam
Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa
Qashruhaa, no: 722.
KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT
DHUHA
Ianya Amalan Berbentuk
Sedekah
Bagi setiap anggota sendi
serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita
kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah
amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr
radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam,
baginda bersabda:
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ
تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ
وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ
بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ
وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ
الضُّحَى.
Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas
dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya
setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid
(Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah
sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat
baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh
diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat
Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa
Qashruha, no: 720.
Allah Memberi Rezeki Yang Cukup
Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang
mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa
mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin
Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:
يَا
ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ
أَكْفِكَ آخِرَهُ.
Maksudnya:
Wahai anak Adam,
janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada
permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu
sampai akhir siang. - Hadis riwayat
Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no:
1097.
Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan
Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang
mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan
berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya
matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada
Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
مَنْ
صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ
الشَّمْسُ
ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
Maksudnya:
Barangsiapa
mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di
masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi),
kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana
pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna,
Yang Sempurna, Yang Sempurna.
– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam
Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.
Ia Solat Bagi Orang Yang
Bertaubat
Solat Dhuha adalah
termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat
Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’
yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu
bersabda:
صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin
(orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari.
- Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya,
Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.
TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT
DHUHA
Waktu Mengerjakan Solat
Dhuha
Waktu untuk mengerjakan
solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja
berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah
matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit)
sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit
sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15
minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul
Mumti’:
Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu
larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat
tengah hari.
Namun demikian waktu yang
afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang
waktu mengerjakan solat Dhuha:
Daripada Anas
radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
مَنْ
صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ
الشَّمْسُ
ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
Maksudnya:
Barangsiapa
mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di
masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi),
kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…–
Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no:
535.
Sabda Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam:
صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin
(orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari.
- Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.
Jumlah Rakaat Solat
Dhuha
Jumlah rakaat solat
Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa
batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan
hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat
rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan
sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.
Daripada Anas bin
Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah
mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat
Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no:
273.
أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ
فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.
Maksudnya:
Daripada Ummu
Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di
Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya
lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan
kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat
Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis
riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no:
1176.
Di dalam Fathul Baari
al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti
dibawah:
وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا
مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,
وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى
سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,
وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى
ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ
Maksudnya:
Dalam riwayat
al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa
solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai,
barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang
bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada
hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli
Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya
rumah di syurga. – rujuk Fathul
Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih
al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak
hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah
didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh
Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah
namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya
sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if.
Wallahu’alam.
Berkaitan dengan dalil
yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang
tertentu adalah:
مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:
كَمْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ
الضُّحَى؟
قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.
Maksudnya:
Daripada Mu’adzah,
dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab:
Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia
kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya,
Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.
Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat
Dhuha
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2)
Takbiratul Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah al-Fatihah
5)
Membaca Surah al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat
akhir
3)
Memberi salam ke kanan dan ke
kiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan