Penebangan balak yang berleluasa di Kg Iboi, Kg Bukit
Hijau dan sekarang ini melarat ke kasan Bukit Palong, Sera Baling serta sekitar
di daerah Baling, Kedah. Aktiviti ini dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Kedah
yang dahulunya pembangkang. Jika kita melalui jalan di sana, kita akan dapat
melihat sangat banyak kawasan hutan serta Bukit yang telah digondolkan. Memang
tidak dinafikan, hasil hutan adalah tertakluk kepada pihak kerajaan negeri.
Tetapi saya tidak pula nampak proses pemuliharaan yang dilakukan contohnya
penanaman semula anak pokok dan sebagainya. Hanya kerakusan mereka mengaut hasil
hutan. Adakah hal ini demi kepentingan politik mereka?
Perkara kedua yang menimbulkan rasa tidak puas hati saya
ialah berkenaan dengan penjualan tanah lot yang dahulunya tanah rizab kerajaan.
Hal ini juga berlaku di kawasan tersebut. Padahal, tanah di kawasan tersebut
telah diberikan permit oleh jabatan hutan kepada 40 orang penduduk suatu masa dahulu
untuk menanam padi huma.
Kawasan Hutan Simpan Gunung Inas yang terletak di jajaran banjaran Titiwangsa adalah antara kawasan yang memiliki sistem ekologi terbaik.
Kegiatan
penebangan pokok itu dikatakan turut mencemari sebuah kolam yang menjadi sumber
air para penduduk Kampung, terutama ketika hujan.Air lumpur yang
mengalir dari kawasan bukit memasuki kolam yang digunakan para penduduk untuk
kegunaan harian.
ikhsan dukeofumno.blogspot.com...bulan dec 2011 kawasan ini masih menghijau dan sejuk mata memandang..akan tetapi baru-baru ni saya ke Baling(jun 2012) keadaan yang amat mengejutkan telah terjadi...masaAllah kenapa boleh jadi begini...sungguh menyedihkan dalam masa terdekat ini akan kehilangan satu lagu pasak bumi yang Allah ciptakan buat hamba-hambaNya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan