elegance

SELAMAT DATANG KE BLOG ELEGANCE

Jumaat, 15 Jun 2012

perolehan




PEROLEHAN SECARA TENDER
4. Had Nilai Tender

Semua perolehan sama ada kerja, bekalan atau perkhidmatan yang melebihi RM200,000 setahun hendaklah dipelawa secara tender.

5. Kerja

Sebelum sesuatu tender kerja dipelawa, Agensi hendaklah:-
a. Mengkhaskan semua perolehan kerja yang bernilai RM200,000 ke bawah kepada kontraktor kelas F;

b. Mengagihkan sekurang-kurangnya 50% daripada kerja-kerja yang bernilai melebihi RM200,000 hingga RM350,000 untuk ditandingi di kalangan kontraktor Bumiputera;
2 Kementerian Kewangan Garis Panduan Penilaian Tender
c. Memperuntukkan sekurang-kurangnya 30% daripada nilai keseluruhan kerja tahunan untuk ditandingi di kalangan kontraktor Bumiputera sahaja;

d. Merujuk kepada Jabatan Teknik (Jabatan Kerja Raya/Jabatan Pengairan dan Saliran) terlebih dahulu untuk mendapatkan pelepasan sebelum melaksanakan sendiri sesuatu projek kerja yang kos projeknya melebihi RM5 juta. Seterusnya jika agensi perlu menggunakan perkhidmatan perunding bagi melaksanakan sesuatu projek, agensi hendaklah membuat pelantikan perunding berdasarkan prosedur dan peraturan perolehan perkhidmatan perunding yang berkuatkuasa;

e. Pelawaan tender kerja hendaklah dibuat kepada syarikat-syarikat berdasarkan had kewangan seperti berikut:

i. Tender kerja yang dianggarkan bernilai tidak melebihi RM30 juta hendaklah dipelawa kepada syarikat yang seratus peratus (100%) milik warganegara.

ii. Tender kerja yang dianggarkan bernilai antara RM30 juta hingga RM50 juta hendaklah dipelawa kepada:

• syarikat seratus peratus (100%) milik warganegara; atau

• syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia, iaitu syarikat-syarikat yang ditubuh dan diperbadankan di Malaysia oleh warganegara dengan syarat pegangan saham individu asing tidak melebihi tiga puluh peratus (30%) dan lembaga pengarah, pengurusan dan pekerja dianggotai seratus peratus (100%) oleh warganegara.

iii. Tender kerja yang dianggarkan bernilai melebihi RM50 juta hendaklah dipelawa kepada:

• syarikat seratus peratus (100%) milik warganegara; atau

• syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia; atau
3 Kementerian Kewangan Garis Panduan Penilaian Tender
• syarikat usaha sama yang diperbadankan di Malaysia (tidak kira sama ada disenaraikan di BSKL atau tidak) dengan syarat pegangan ekuiti asing tidak melebihi empat puluh sembilan peratus (49%) dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

f. Semua tender hendaklah dipelawa secara tempatan.

g. Tender antarabangsa boleh dipelawa bagi kerja yang memerlukan kepakaran khusus yang tidak boleh diperolehi secara tempatan atau dibiayai daripada pihak pinjaman luar yang mengenakan syarat tender antarabangsa.
h. Pelawaan tender kerja hendaklah dibuat di kalangan syarikat yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri dan Pembinaan Malaysia (CIDB) mengikut kelas dan gred seperti berikut :
<>
 
<>
 
<>
 
<>
 
<>
 
<>
 
<>
 
<>
 
<>
 
<>
 
<>
 
<>
 
<>
 
<>
 
<>
 
<>
 
<>
 
<>
 
<>
 
 Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)



Kelas




Nilai Projek




A





Melebihi RM10,000,000





B





RM5,000,001 hingga RM10,000,000





C





RM2,000,001 hingga RM5,000,000





D





RM500,001 hingga RM2,000,000





E





RM200,001 hingga RM500,000





F





Sehingga RM200,000






Lembaga Pembangunan Industri dan
Pembinaan Malaysia (CIDB)





Gred





Nilai Projek





7




RM10,000,000 keatas





6





Sehingga RM10,000,000





5





Sehingga RM5,000,000





4





Sehingga RM3,000,000





3





Sehingga RM1,000,000





2





Sehingga RM500,000





1





Sehingga RM100,000






i. Bagi kerja elektrik pelawaan hendaklah dibuat di kalangan syarikat yang berdaftar dengan PKK mengikut kelas seperti berikut :

Kelas



Had Kewangan




I




Melebihi RM200,000




II




Sehingga RM1,000,000




III




Sehingga RM500,000




IV




Sehingga RM200,000


6. Bekalan

Bagi perolehan bekalan yang bernilai melebihi RM200,000 agensi hendaklah mempelawa tender.

Tender tempatan hendaklah dipanggil bagi semua perolehan bekalan yang boleh didapati di dalam negeri.
Tender antarabangsa hanya boleh dipelawa bagi perolehan bekalan yang tidak boleh diperolehi di dalam negeri atau perolehan yang dibiayai daripada pihak pinjaman luar yang mengenakan syarat tender antarabangsa.

7. Perkhidmatan




Bagi perolehan perkhidmatan yang bernilai melebihi RM200,000 agensi hendaklah mempelawa tender.
Tender untuk perkhidmatan hendaklah dipelawa secara tempatan. Walau bagaimanapun tender antarabangsa hanya boleh dipelawa bagi perolehan perkhidmatan yang tidak boleh diperolehi di dalam negeri atau perolehan yang dibiayai daripada pihak pemberi pinjam luar yang mengenakan syarat tender antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan