elegance

SELAMAT DATANG KE BLOG ELEGANCE

Rabu, 13 Jun 2012

pulut durian

Musim durian nampaknya telah kembali di Malaysia... balik kerja sepanjang perjalanan ada saje orang jual durian. Masa tu lah teringat nak makan pulut durian...jum kita makan pulut durian.

Bahan-bahan:
Beras pulut(secukupnya) ~ rendam 3 jam atau lebih
Isi durian atau lempuk durian secukupnya
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 helai daun pandan
Gula dan garam.
Cara penyediaan:
1. Toskan beras pulut yang telah direndam dan kemudian kukus sehingga masak (Pulut ini saya kukus kosong tanpa letak santan dan garam).
2. Untuk kuah/santan :~ Masak santan bersama air, daun pandan, gula dan sedikit garam.

3. Kacau diatas api yang perlahan sehingga mendidih.

4. Masukkan isi durian/lempuk, kacau rata. Kalau manisnya sudah menepati citarasa, bolehlah diangkat (boleh juga kalau nak letak isi durian kemudian, masak kuah sahaja. Tapi saya suka masakkan sekali durian dgn kuahnya).

** Kalau suka boleh juga campurkan dengan gula merah/gula
melaka.

navigation

Map Updates Support for Navigation Software Ver. 4.0 & Release of Latest Map Ver. 3.42
Dear Lokatoo customers,
Since we launched our improved navigation software ver. 5.5 in October 2011, we are happy to have received many positive feedbacks with regards to the improved User Interface, Map Graphics and Features & Functions. We hope that all our customers whose hardware devices are able to support ver. 5.5 have upgraded to enjoy this improved navigation software for better user experience.

In line with this, beginning from 1st September 2012, we will discontinue support of Map updates for Navigation Software Ver. 4.0. This means that no monthly map updates will be released for navigation software ver. 4.0 starting from the mentioned date. As such, Users who are still using ver. 4.0 are strongly advised to update their Navigation Software to ver. 5.5 to continue enjoying monthly Map Updates from Lokatoo and experience the latest features and functional improvements.

To check your device’s software version: From main menu, tap on ABOUT US to view the map and software version.

How to update to Navigation Software Ver. 5.5: Go to “Software Downloads” on Lokatoo website and select the correct button that represents your device to proceed.

For more information or assistance to update your device, please contact our Customer Service Hotline 1-800-88-0308.
Latest Map Ver. 3.42 is now available for downloading from our website. Majority of the road and POI updates in this version covers Klang Valley and other areas of Malaysia. This version is available for downloading for Navigation Software version:

- Version 2.07, 3.10, 3.20
- Version 4.0 & above (Perodua Myvi)
- Version 5.5 & above
- Version 5.5 & above (Perodua Myvi)


Selasa, 12 Jun 2012

amalan

HUBUNGAN SESAMA ISLAM
Maksud Hadis Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.w.t. bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berbenci-bencian, dan janganlah kamu berbelakang-belakangan, dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan jadilah kamu hai hamba Allah bersaudara."
Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayanya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaan) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya.
Taqwa itu di sini kata nabi , sambil menunjuk dadanya tiga kali. Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam. Sekalian orang Islam ke atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya. Diriwayatkan oleh Muslim.
SYARAHANNYA :
Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah. Selain Muslim lagi hadis-hadis riwayat yang lain daripadanya yang di antara kandungannya ada sebagaimana yang diterangkan dalam hadis tersebut.
NILAINYA :
Hadis ini mengandungi nilai utama dalam soal persaudaraan Islam, di mana ditegaskan secara perintah akan larangan-larangannya yang tiada boleh dilanggar demi untuk pemeliharaan suasana persaudraan itu.
Perkara yang mengenal hubungan di antara orang Islam :
1. Beberapa Perintah Larangan
Pada hadis tersebut Rasullah ada menerangkan perkara yang mengenai hubungan di antara orang Islam. Untuk memelihara hubungan ini ditegaskan beberapa perintah yang merupakan larangan yang wajib dipatuhi ; iaitu janganlah kamu berdengki-dengkian di antara sama sendiri. Kerana dengan dengki atau hasad menyebabkan terputusnya hubungan.
Dengki ialah satu perasaan jiwa yang timbulnya perasaan itu pada seseorang oleh kegelisahannya memandang kelebihan yang ada pada orang lain atau oleh kebenciannya melihat ada orang yang melebihinya dalam sesuatu perkara atau keadaan.
Orang yang dengki atau hasad selamanya gelisah, jiwanya tidak tenteram, kerana ini dia berusaha untuk menghilangkan suatu kelebihan yang ada pada orang lain dengan perkataannya atau dengan perbuatannya dan berikhtiar untuk memindah sesuatu kelebihan yang ada pada orang lain itu kepada dirinya sendiri. Dan ada pula orang yang dengki itu berusaha untuk menghilang atau mencedera suatu kelebihan dari orang yang mempunyai semata-mata kebencian yang melulu, kerana dia sendiri tidak berhajat kelebihan itu untuk dirinya. Kedua macam kedengkian tersebut adalah tercela dan inilah perasaan kedengkian yang sejahat-jahatnya yang pernah digunakan oleh Iblis terhadap nabi Allah Adam a.s sehingga baginda dikeluarkan dari tempat kediamannya dalam syurga.
Sementara itu ada pula sejenis perasaan dengki atau hasad yang terbunuh dalam jiwa seseorang, tetapi dia berdiam diri, tidak ada usahanya yang jahat sama ada dengan perkataannya mahupun dengan perbuatannya untuk menumpas suatu kelebihan orang lain. Hasad seperti ini diharap tiada menyebabkan dosa, sebagaimana sabda Rasul yang bermaksud :
"Tiap-tiap anak Adam ada hasadnya, dan tiada mendatangkan kemudaratan kepada orang hasad oleh hasadnya selama ia tiada pernah bercakap lidah atau berbuat dengan tangan."
Seterusnya ada lagi sejenis perasaan hasad yang terbunuh dalam jiwa tetapi segera dilenyapkan serta ditumbuhkan perasaan cinta kepada orang yang mendapat kelebihan dan didoa supaya ia dalam selamat dan sejahtera. Inilah satu-satunya perasaan yang membuktikan kesuburan iman yang dipuji.
Setelah Rasullullah menerangkan larangan dengki atau hasad, maka diterangkan pula larangan bertipu-tipuan dan berbencian dengan sabdanya yang bermaksud :

" Janganlah kamu bertipu-tipuan dan janganlah kamu berbenci-bencian di antara kamu."
Larangan bertipu-tipuan ialah melarang seseorang menaikkan harga barang-barang padahal dia sendiri tidak mahu membelinya untuk menyusahkan orang lain. Perbuatan ini adalah haram. Masuk juga kepada larangan ini segala perbuatan tipu atau kecoh dalam jual beli.
Larangan benci-bencian ialah melarang seseorang membenci dengan menghina orang lain semata-mata menurut dorongan hawa nafsu yang angkuh dan sombong. Perbuatan ini melenyapkan perasaan kasih sayang di antara seorang dengan saudaranya padahal perasaan ini wajib dipelihara dan dipupuk dengan semangat cinta sebagai orang yang percaya kepada Allah. Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud ;

" Tidak akan kamu masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak (dikata) buat akan dia nescaya kamu berkasih-kasih. Iaitu syiarkanlah Islam di antara kamu."
Kemudian Rasullullah menerangkan larangannya dengan sabdanya ; "Janganlah kamu berbelakang-belakangan atau berpaling-palingan ialah melarang perbuatan ini dilakukan oleh seorang semata-mata oleh perkara dunia. Pada hadis yang lain sebagaimana yang disebut dalam hadis Bukhari dan Muslim, Rasullullah S.A.W. menerangkan :
"Tiada halal bagi seorang Islam bahawa ia meninggal saudaranya (tiada menegurnya) lebih dari tiga hari, bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan yang seorang itu pula membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam ."
Dan lagi hadis yang lebih keras ancamannya iaitu :
"Barangsiapa meninggalkan saudaranya (tiada menegurnya kerana musuhinya) selama setahun maka ia seperti menumpah darahnya."
Larangan menjual di atas penjualan ialah melarang perbuatan itu dilakukan, kerana akibatnya adalah membawa kepada benci-bencian di antara sesama sendiri. Contohnya : Seperti dua orang yang membeli itu seraya berkata : "Batalkan pembelian engkau ini, aku sanggup menjual kepada engkau barang yang lebih baik mutunya dengan harganya lebih murah dari barang yang engkau beli itu. "
Demikian pula dilarang membeli di atas pembelian orang lain. Contohnya : seperti seorang datang kepada orang yang menjual lalu berkata : "Batalkan penjualan engkau ini. Aku dapat membelinya kelak dengan harga yang lebih tinggi. "
Termasuk kepada larangan ini orang yang menawarkan barang-barangnya kepada seorang yang lain, padahal pada waktu itu ada orang yang sedang menawarnya untuk membelinya. Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Tiada menjual seorang lelaki di atas penjualan saudaranya dan tiada meminang di atas pinangan saudaranya kecuali jika ia izin kepadanya."
Larangan tersebut sebagaimana yang diterangkan oleh hadis adalah am meliputi kepada orang Islam dan kepada orang kafir, demikian menurut pendapat kebanyakan fuqaha kecuali Imam Ahmad dan orang ramai yang mengatakan larangan itu adalah khas kepada orang Islam tidak kepada orang kafir.
Setelah diterangkan segala larangan ini satu persatunya, maka Rasullullah dijelaskan pula keadaan orang Islam dalam pergaulan dengan sabdanya :
Sabdanya ini memberi suatu petunjuk jiwa. Jika mereka mematuhi sepenuhmya segala larangan itu, maka terwujudlah kasih mesra sebagai saudara yang senasib bertanggungjawab untuk kesejahteraan bersama sesuai dengan pengajaran Islam.
2. Orang Islam Saudara Orang Islam
Kemudian Rasullullah menerangkan selanjutnya keadaan sifat orang Islam. Orang Islam adalah saudara orang Islam. Yang demikian, tiadalah boleh dianiayainya, tiada boleh dibiarkannya, tiada boleh didustainya, juga tiada juga dihinanya. Larangan ini wajib dihormati untuk memelihara perpaduan di antara orang Islam yang di akui sebagai saudara.
Orang Islam tiada boleh menganiaya orang Islam, kerana penganiayan bertentangan dengan keperibadiaanya sendiri. Tetapi orang Islam wajib membantu menghindarkan penganiayaan itu serta menolong saudaranya yang berbuat penganiayaan dan saudaranya yang dianiaya ; dan tiada boleh ia membiarkan saudaranya dalam kehinaan dilakukan teradapnya tetapi dikehendaki berikhtiar sekadar yang mungkin bagi melaksanakannya. Mengenai hal ini Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tolonglah saudara engkau, yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Ia berkata : Ya Rasullullah ! Aku pernah menolong orang yang dizalimi, maka bagaimana agaknya aku hendak menolong orang yang zalim. Ia bersabda : Engkau tegah ia dari melakukan kezaliman, maka yang demikian itu bererti engkau menolong akan dia"
Pada hadis yang lain Rasullullah S.A.W pernah menyatakan "Bahawa barangsiapa yang tiada mahu menolong seseorang mukmin yang dihinakan orang disisinya padahal dia mampu menolongnya, akan dihinakan dia oleh Allah di tengah-tengah khalayak ramai pada hari kiamat. Sebaliknya pula, orang yang menolong saudaranya dengan cara yang tersembunyi dalam perkara yang ia dapat menolongnya akan ditolongi Allah akan dia dalam dunia dan akhirat.
Juga orang Islam tiada boleh mendustakan saudaranya orang Islam kerana pendustaan menyebabkan hilangnya perasaan kepercayaan. Lebih-lebih lagi pendustaan itu dipercayai oleh saudaranya. Pendustaan seperti ini adalah suatu perkara pengkhianatan, sebagaimana sabda Rasullullah : "Besarlah pengkhianatan bahawa engkau menceritakan kepada saudara engkau suatu cerita yang ia percaya kepada engkau, padahal yang sebenarnya engkau berdusta kepadanya."
Demikian pula orang Islam tiada boleh menghinakan saudaranya orang Islam sama ada dengan perkataan atau tingkah lakunya. Sebab penghinaan bukanlah sikap yang baik dalam persaudaraan, malah sikap inilah yang menimbulkan perbezaan pandangan seseorang dalam pergaulan, dan tumbuhnya adalah dari perasaan sombong yang terselit di hati ; iaitu perasaan memandang kepada diri dengan pandangan yang mulia dan sempurna tidak sebanding dengan orang lain yang dianggap hina susah menderita.
Setelah itu Rasullullah S.A.W mengatakan "Taqwa itu di sini…..sambil menunjukkan ke dadanya sebanyak tiga kali. Ini adalah memberi isyarat atau petunjuk bahawa kemuliaan manusia di sisi Allah bukanlah dengan cara berlagak, menunjuk diri atau meninggi-ninggi darjat, peribadi, tetapi adalah dengan sifat taqwa, yang mengeluarkannya amal utama dan budi mulia, sekalipun orang taqwa itu dipandang hina dan dikeji."
Akhirnya oleh Rasullullah S.A.W. dijelaskan pula bahawa sudah cukup banyak kejahatan seseorang jika ia merendahkan atau menghinakan orang Islam dengan cara merosakkan keselamatan badannya atau menjatuhkan maruah atau kehormatan atau dengan apa sahaja yang dipandang tiada sopan di luar garisan perikemanusiaan. Dan perbuatan seperti ini adalah haram di atas orang Islam melakukannya, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadis tersebut.
Demikianlah beberapa larangan Rasullullah S.A.W kepada setiap orang Islam untuk memelihara kemurnian hidup persaudaraan yang tiada dibatasi oleh kekeluargaan, oleh warna kulit dan keturunan dan oleh kedudukan. Mereka adalah sebagai satu kaum keluarga, satu jiwa, satu hati, satu akidah dan satu ibadat, satu hala dan satu tujuan, satu tempat datang dan satu pula tempat pergi, sakit sama merasa sakit dari senang sama merasa syukur. Benarlah apa yang digambarkan Rasullullah S.A.W dalam sabdanya yang terkenal : "Bandingan orang-orang mukmin dalam bercinta-cinta mereka dan berkasih sayang mereka dan bertolong-tolongan mereka seperti bandingan satu badan : Apabila sakit satu anggota daripadanya tertariklah sekalian anggota (hingga) tiada dapat tidur dan demam."
Pada hadis yang lain dijelaskan bahawa "Seorang mukmin bagi seorang mukmin itu satu binaan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian dan orang Islam itu seperti satu badan jika sakit matanya sakitlah sekaliannya dan jika sakit kepalanya sakitlah sekaliannya."
PETUNJUKNYA :
Bahawa di antara yang ditunjuk oleh hadis yang ketiga puluh lima ini ialah :
1. Hadis ini menunjukkan secara tegas bahawa Rasullullah S.A.W melarang setiap orang melakukan sebarang perbuatan yang mencederakan atau merosak kehormatan saudaranya dari orang Islam. Sebab orang Islam mempunyai kemuliaan dan kehormatan peribadinya, harta miliknya dan maruahnya atau nilai hidupnya, larangan yang ditegaskannya itu ada sebanyak sembilan perkara dalam bidang pergaulan umum dan hubungan perniagaan yang kesemuanya merupakan suatu petunjuk yang sangat berguna kepada orang Islam di segala tempat dan zaman.
2. Juga menunjukkan bahawa orang Islam dalam dunia ini adalah bersaudara kerana ini mana diharamkan ke atas setiap orang Islam mengerjakan suatu yang bertentangan dengan hak persaudaraan itu. Rasullullah dalam hadis tersebut menegaskan perintahnya mengenai hal persaudaraan tersebut iaitu : "Berkata Al-Khurtabi, bahawa erti sabdanya ialah : "Hendaklah kamu menjadi sebagai orang-orang yang bersaudara persaudaraan satu darah keturunana yang diikat oleh rasa sayang, saling cinta menyintai, nasihat-menasihati, bantu membantu serta bertimbang rasa."
Inilah di antara petunjuk hadis yang sangat patut diambil perhatian oleh setiap orang Islam untuk memelihara keteguhan dan keutuhan perpaduan dalam hubungan persaudaraan kerana dengan pemeliharaan ini wujudlah perasaan muhibbah diselubungi oleh suasana aman damai.
Dan inilah pula dasar persaudaraan Islam yang diasas di atas tuntutan agama, serta dipelihara dengan semangat pengajarannya dalam mana perasaan muhibbah yang sejati menjadi terasnya. Maka dengan semangat ini terdapatlah saling hormat menghormati, bantu-membantu, berusaha untuk mewujudkan kebaikan, menghindarkan kejahatan dan ini pula yang menjadi amalan hidup seseorang dalam masyarakatnya. Andaikata, oleh suatu hal seorang itu tidak dapat melaksanakan amalan ini, maka hendaklah dia hidup berdiam diri, tak usahlah mengganggu atau menyusahkan orang lain. Ikutilah pengajaran ini : "Hendaklah engkau pelihara tiga perkara yang menjadi habuan orang mukmin iaitu :
Pertama, jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya maka janganlah engkau menyusahkan dia.
Kedua, jika engkau tidak mahu menyukakan dia maka janganlah engkau mendukakan dia dan ;
Ketiga, jika engkau tidak hendak memuji dia maka janganlah engkau mencela dia Wallahhualam.

Isnin, 11 Jun 2012

pembalakan

Penebangan balak yang berleluasa di Kg Iboi, Kg Bukit Hijau dan sekarang ini melarat ke kasan Bukit Palong, Sera Baling serta sekitar di daerah Baling, Kedah. Aktiviti ini dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Kedah yang dahulunya pembangkang. Jika kita melalui jalan di sana, kita akan dapat melihat sangat banyak kawasan hutan serta Bukit yang telah digondolkan. Memang tidak dinafikan, hasil hutan adalah tertakluk kepada pihak kerajaan negeri. Tetapi saya tidak pula nampak proses pemuliharaan yang dilakukan contohnya penanaman semula anak pokok dan sebagainya. Hanya kerakusan mereka mengaut hasil hutan. Adakah hal ini demi kepentingan politik mereka?

Perkara kedua yang menimbulkan rasa tidak puas hati saya ialah berkenaan dengan penjualan tanah lot yang dahulunya tanah rizab kerajaan. Hal ini juga berlaku di kawasan tersebut. Padahal, tanah di kawasan tersebut telah diberikan permit oleh jabatan hutan kepada 40 orang penduduk suatu masa dahulu untuk menanam padi huma.
Kawasan Hutan Simpan Gunung Inas yang terletak di jajaran banjaran Titiwangsa adalah antara kawasan yang memiliki sistem ekologi terbaik.

Kegiatan penebangan pokok itu dikatakan turut mencemari sebuah kolam yang menjadi sumber air para penduduk Kampung, terutama ketika hujan.Air lumpur yang mengalir dari kawasan bukit memasuki kolam yang digunakan para penduduk untuk kegunaan harian.
<><>
 
ikhsan dukeofumno.blogspot.com...bulan dec 2011 kawasan ini masih menghijau dan sejuk mata memandang..akan tetapi baru-baru ni saya ke Baling(jun 2012) keadaan yang amat mengejutkan telah terjadi...masaAllah kenapa boleh jadi begini...sungguh menyedihkan dalam masa terdekat ini akan kehilangan satu lagu pasak bumi yang Allah ciptakan buat hamba-hambaNya...

muaz textiles

Ada satu lagi kedai seumpamanya di Jalan Raja Laut yang bernama Sahara. Kedua-dua kedai ini menjual tudung dan selendang secara kodi (borong). Satu kodi ada dalam 20 helai... dan berharga di antara RM60 sehingga ratusan ringgit mengikut jenis tudung/selendang.


Kenapa ramai orang berpusu-pusu hendak ke sini? Sebab murah beb dan macam-macam ada!
Contohnya kat bawah...
Pekedai lain akan menjual selendang jenis ini dalam harga Rm18 ke atas... tapi kat Muaz Textiles... RM10 sahaja!!!


Kalau sehelai dah murah.. apatah lagi pembelian secara borong (kodi) kan? Orang yang jual benda ini konfem untung ohhh.... Beli RM4.50 sehelai.. tapi jual kat tempat sendiri RM10..
MUAZ menjual jenis dan pesen tudung/selendang yang berbeza dengan di atas. Asyik berubah mengikut trend semasa.

Jumaat, 8 Jun 2012

adab minum air

Hukum Minum Berdiri


Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. Permasalahan berkaitan minum berdiri ini telah menyebabkan ulama berbeza pendapat mengenai hukum minum berdiri itu. Hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat oleh muslim iaitu:


Terjemahan: dari anas, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri.


Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771. Hadis ini menjelaskan larangan yang berbentuk tegahan minum secara berdiri. Namun ulama telah berselisih pendapat mengenai larangan minum berdiri ini. Ibn qym berpendapat hukum minum berdiri ini adalah haram dan hanya dibenarkan sekiranya terdapat halangan yang menghalangnya minum secara duduk.

Namun beberapa fuqaha seperti imam malik berpendapat larangan ini telah dimansuhkan dengan hadis Ibn Abbas iaitu:

Terjemahan: dari Ibn Abbas berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri( riwayat muslim).

Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab minum air zam-zam berdiri, hadis ke 3776. Hadis ini menunjukkan rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Imam malik telah memansuhkan hadis yang pertama tadi dengan hadis ini yang menunjukkan minum berdiri bukan haram. Perkataan nabi melarang minum berdiri itu, menurut zahirnya larangan minum sambil berdiri itu. Tetapi hadis ibnu abbas menunjukkan bolehnya minum berdiri. Al-Mazuri berkata, orang-orang yang berselisih pendapat dalam masalah ini ialah jumhur yang berpendapat boleh minum berdiri dan pendapat yang lain berpendapat makruh.

Hadis dari anas merupakan hadis sunnah qauliyah manakala hadis dari Ibn Abbas merupakan hadis sunnah fi’liyyah. Apabila kedua-dua hadis ini bertembung, maka yang menjadi dasar hukum ialah hadis sunnah qauliyah, manakala hadis sunnah fi’liyyah berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadis sunnah qauliyah tersebut. Ini bererti tegahan pada hadis anas tadi bukan membawa maksud haram, tetapi makruh.

Nawawi berkata yang sebenarnya, larangan yang di maksudkan itu adalah untuk kebersihan dan perbuatan nabi minum berdiri itu menjelaskan bolehnya minum berdiri dan tidak haram.

Berdasarkan pada hadis yang menegah minum berdiri itu, dapat di lihat mengapa rasulullah saw menegah kita minum berdiri. Di antara sebab di larang minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang. Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dgn makanan.

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang (strain) dan pada masa yang sama sisitem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dlm satu masa yg menyebabkan manusia tidak mampu mendapat kerehatan anggota. Kerehatan otot adalah syarat yg terpenting ketika makan dan minum dan wujud ketika mana duduk. Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dlm keadaan tenang dan sensation (rasa) akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman dan akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul. Namun demikian diharuskan berdiri ditempat yg tak sesuai duduk seperti tempat yg terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri,ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum air zam-zam berdiri.

Persoalannya di sini, mengapa rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati. Jadi inilah sebab rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut cepat dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut.

sungai manik

sungai manik


Peristiwa sejarah Tanah Melayu di bawah jajahan Cina Komunis MPAJA selama 14 Hari
Perang Sabil Sg Manik, Perak adalah perang yang dipaksakan ke atas orang Melayu oleh Cina Komunis MPAJA melalui provokasi terancang sehingga mencetuskan kemarahan orang Melayu. Ianya berlaku sejurus tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua dan Cina Komunis Bintang Tiga memerintah Tanah Melayu selama 14-hari.
Banyak cerita perihal kehandalan dan kehebatan ilmu kebatinan suku Melayu Banjar yang di sampaikan dari mulut ke mulut, tapi kini makin luput dari ingatan generasi muda. Dalam kejadian 13 Mei 1969, pejuang Melayu dari Sg Manik telah beramai-ramai turun ke Kuala Lumpur untuk menyelamatkan nyawa orang Melayu di Kg Baru yang berada dalam bahaya. Anda mungkin pernah mendengar kisah Parang Terbang yang berlegar sewaktu curfew atau perintah berkurung semasa peristiwa 13 Mei.




Pergerakan seperti Tentera Sabil atau Kumpulan Parang Terbang merujuk kepada kaum etnik Banjar Sg Manik di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Bakri. Cerita tentang parang terbang dan kehandalan pahlawan Melayu Banjar yang hanya bersenjatakan parang menentang komunis yang lengkap bersenjatakan senapang sudah menjadi satu legenda.

 
Nama-nama seperti Tuan Guru Haji Bakri, tetap menjadi sebutan anak-anak muda Sg Manik. Selepas Jepun menyerah kalah, kumpulan bintang Tiga yang kebanyakannya orang Cina cuba mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu dan menubuhkan negara komunis Cina.

Mereka melakukan banyak kekejaman secara terancang terhadap orang Melayu yang tidak menyokong perjuangan mereka, lebih-lebih lagi kerana orang Melayu dianggap sebagai tali barut Jepun. Cubaan Bintang Tiga mencampuri urusan agama Islam dan memungut cukai mendapat tentangan terutama dari masyarakat Banjar di Sg Manik dan Batu Pahat.

Bintang Tiga tidak menjangkakan reaksi dan tentangan yang bakal mereka terima dari masyarakat Banjar. Jika tidak kerana set back yang mereka terima di Sg Manik dan Batu Pahat, senario politik kita masa ini mungkin sedikit berbeza. Mungkin Perdana Menteri bukan lagi orang Melayu, seperti yang terjadi di Singapura!
Bagi orang Melayu Banjar Sg Manik terutama keluarga bekas pejuang timbul satu kekesalan kerana tiada official recognitions atau pengiktirafan terhadap perjuangan mereka yang membela maruah orang Melayu.

Bacalah mana-mana buku sejarah di sekolah, tiada satu yang menyebut secara jelas tentang peristiwa itu mungkin kerana nak menjaga sensitiviti perkauman. Di Batu Pahat misalnya, Kiyai Salleh yang menyelamatkan orang Melayu tetapi Dato Onn yang dapat nama sebagai hero.

Sudah tiba masanya pengiktirafan diberikan kepada mereka yang berjuang menyelamatkan bangsa, bukan digambarkan sebagai satu kumpulan etnik yang ganas dan panas baran dan peristiwa itu hanya sebagai satu titik hitam dalam sejarah negara.

Orang Melayu Banjar Sg Manik tidak mahu ganjaran berbentuk material atau pangkat duniawi seperti Tan Sri atau Dato, cukup sekadar pengorbanan pejuang terdahulu dihargai dan direkodkan dalam sejarah negara. Jangan sampai peristiwa pemerintahan Tanah Melayu oleh Komunis Cina Bintang Tiga selama 14-hari itu berulang kembali hanya kerana Melayu Mudah Lupa!

KIYAI SALLEH PANGLIMA SELEMPANG MERAH

 

insyaAllah akan bersambung...